Wednesday, April 14, 2010

poster

bagi perbentangan yang seterusnya, kami perlu menyiapkan poster. semuanya berkaitan tajuk pembelajaran yang kami pilih untuk mengajar dan melakukan aktiviti bersama kanak-kanak. seperti biasa, kami membuat poster yang berkaitan dengan persahabatan. tajuk yang kami pilih ini agak sukar kerana ianya tidak diaplikaasikan di Malaysia. tetapi kami merasakan tajuk ini amat penting dan perlu diajar sejak kanak-kanak di tadika lagi. semua manusia memerlukan sahabat untuk melakukan apa sahaja aktiviti. terdapat pelbagai jenis sahabat. ada yang hanya menumpang di waktu kita senang dan pergi di saat kita dalam kesusahan. ada juga sahabat yang suka memburukkan sahabat-sahabatnya,,namun ada juga sahabat yang sentiasa bersama kita di saat kita menghadapi esenangan dan kesusahan. sebagai manusia kita perlu mengetahui ciri-ciri sahabat yang baik. ini penting supaya kita tidak tersalah memilih sahabat disamping berusaha untuk menjadi sahabat yang baik kepada orang sahabat-sahabat kita yang lain..poster yang disediakan perlulah menarik minat kanak-kanak untuk melihat dan membaca serta mengetahui isi yang terkandung di dalamnya. pemilihan warna juga penting bagi menarik minat kanak-kanak untuk melihatnya..

No comments:

Post a Comment