Thursday, April 22, 2010

harapan menjadi kenyataan...

herm...sedar tak sedar,,,,dah 14 minggu aku mengikuti kelas Dr Chin..begitu cepat masa berlalu...sepanjang 14 minggu ini telah banyak kemahiran yang telah aku pelajari..aku berasa amat bersyukur dan sentiasa bersemangat untuk terus mempelajari dan menguasai bidang ini. banyak keistimewaan yang akan diperoleh sekiranya kita terus mendalami bidang ini..zaman teknologi yang serba canggih ini,,,kemahiran yang dipelajari membolehkan para guru menarik minat kanak-kanak untuk memberikan perhatian dan terus berminat untuk hadir ke tadika untuk menuntut ilmu. melalui kemahiran yang dipelajari ini, guru akan lebih kreatif untuk menyediakan aktiviti pembelajaran kepada kanak-kanak. bagi mengelakkan kanak-kanak ,berasa bosan, aktiviti yang disediakan perlulah pelbagai, menarik dan sebagainya.. saya yakin, kemahiran yang telah dipelajari ini mampu menarik minat kanak-kanak. saya amat berbangga kerana diberi peluang untuk mempelajari bidang ini...harapan,,,semoga apa yang dipelajari dapat dipraktikkan untuk kebaikan generasi akan datang...khas buat Dr Chin..i love you..sangat seronok menghadiri kelas Dr..terima kasih di atas segala ilmu yang dicurahkan,,maafkan segala kesalahan, maaf andai terkasar bahasa, terguris perasaan, dan sebagainya,,doakan kejayaan kami..smoga kita diberi peluang untuk terus bersama..terima kasih Dr...buat sahabat-sahabat...........selamat menduduki peperiksaan..semoga diberi kemudahan untuk terus berjaya..amin..

detik-detik kesedihan..

pertama-tamanya...jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr Chin kerana sudi berkongsi dan menyampaikan ilmu serta kemahiran yang berguna kepada kami..banyak kemahiran yang kami pelajari sepanjang 14 minggu kita bersama.terus terang,minat saya untuk terus mempelajari bidang ini semakin bertambah.sepanjang semester ini saya sering menantikan kehadiran hari isnin..tidak sabar untuk terus menambahkan ilmu pengetahuan.agak sedih sebab semester ini kian berlalu meninggalkan diri ini..semester depan mungkin bukan Dr Chin yang mengajar kami.di harap Dr sudi mengajar kami lagi..kami amat seronok bersama Dr..Dr sabar melayan dan mengajar kami..kami amat terharu dengan kesungguhan yang ditunjukkan dalam mendidik kami.kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat Dr..semoga kita terus diberikan peluang untuk bersama..i love u Dr!

Wednesday, April 14, 2010

poster

bagi perbentangan yang seterusnya, kami perlu menyiapkan poster. semuanya berkaitan tajuk pembelajaran yang kami pilih untuk mengajar dan melakukan aktiviti bersama kanak-kanak. seperti biasa, kami membuat poster yang berkaitan dengan persahabatan. tajuk yang kami pilih ini agak sukar kerana ianya tidak diaplikaasikan di Malaysia. tetapi kami merasakan tajuk ini amat penting dan perlu diajar sejak kanak-kanak di tadika lagi. semua manusia memerlukan sahabat untuk melakukan apa sahaja aktiviti. terdapat pelbagai jenis sahabat. ada yang hanya menumpang di waktu kita senang dan pergi di saat kita dalam kesusahan. ada juga sahabat yang suka memburukkan sahabat-sahabatnya,,namun ada juga sahabat yang sentiasa bersama kita di saat kita menghadapi esenangan dan kesusahan. sebagai manusia kita perlu mengetahui ciri-ciri sahabat yang baik. ini penting supaya kita tidak tersalah memilih sahabat disamping berusaha untuk menjadi sahabat yang baik kepada orang sahabat-sahabat kita yang lain..poster yang disediakan perlulah menarik minat kanak-kanak untuk melihat dan membaca serta mengetahui isi yang terkandung di dalamnya. pemilihan warna juga penting bagi menarik minat kanak-kanak untuk melihatnya..

Saturday, April 10, 2010

trip to cameron highlands


pada 2-4/04 yang lalu, kami telah pergi membuat aktiviti di cameron highlands. tempatnya sungguh nyaman dan amat seronok..jadi, untuk mengaplikasikan ilmu yang saya telah pelajari, saya gunakan teknik photoScape untuk menunjukkan kepada sahabat-sahabat sekalian beberapa gambar kenangan yang di ambil semasa berada disana

gabungan photofunia dan photoScape...




di atas adalah contoh2 gambar yang dihasilkan melalui kaedah photoFunia!
kami mempelajari cara2 untuk edit gambar dan meletakkannya dalam background2 tertentu..sebelum ni saya melihat profile picture kawan saya dalam facebook. saya amat mengaguminya.. saya berkata di dalam hati..wow!macammana die boleh ambil gambar kucing yang sedang melihat ke arah gambarnya? rupa2nya gambar itu hanya menggunakan teknologi..akhirnya saya mempelajari sendiri bagaimana untuk menghasilkan gambar seperti itu...sangat menarik..saya merasa sangat bertuah kerana memilih kursus ini sebagai "minor subject". thanks Dr Chin...i love you!