Thursday, February 25, 2010

seterusnya kami belajar cara nak masukkan lagu,cut lagu, gabung lagu dan record suara.
dari dulu lagi teringin nak belajar pasal ni..sekarang dah pandai sikit-sikit..kalau suruh buat tu, insyaAllah boleh. kemahiran ni agak susah sikit. sebab ada banyak step yang kena ingat.so, kena la buat latihan selalu. kena rajin explore sendiri..dengan bantuan dari Dr Chin yang baik hati dan sahabat-sahabat yang sudi memberi tunjuk ajar, maka semuanya menjadi mudah..terima kasih dr Chin yang disayangi dan sahabat-sahabat yang dikasihi..love you all..rasanya cukuplah dulu untuk hari ni..nanti saya akan ceritakan pengalaman dan ilmu serta kemahiran baru yang dipelajari..see you later

design greeting cards

waktu kelas ni, Dr bagi peluang untuk explore dan cuba design card ucapan sendiri.
jadi, kami pun surf internet untuk dapatkan corak-corak yang menarik dan sesuai dengan kad yang akan kami reka. jadi, lepas ni bolehlah kami hasilkan kad kami sendiri mengikut minat dan kreativiti. tak payah bazirkan duit untuk beli kad-kad ucapan.sungguh menjimatkan dan ianya lebih menarik

microsoft excel

microsoft excel..sebelum ni hanya pernah dengar nama je..tapi tak tahu pun apakah fungsi dan cara penggunaannya..lepas habis kelas baru lah tahu yang microsoft excel ni digunakan untuk buat data.then, klu nak buat graf pun boleh.macam-macam jenis graph yang terdapat dalam ni.semuanya menarik.ingat lagi waktu kelas english sem lepas. 1assignment tu kena buat graf.tapi waktu tu tak tahu design guna komputer. so, lukis la guna tangan..huhu..tapi sekarang insyaAllah dah boleh nak design guna komputer..hmm..sangat menarik..bertambah lagi ilmu di dada
lepas dah cari games dengan video, dr Chin ajar cara-cara nak masukkan semua tu dalam power point..guna hyperlink la..amat menyeronokkan dan rasa amat teruja untuk mencuba dan menghasilkan kerja ni sendiri..semuanya berjalan dengan lancar..semua yang diajar oleh dr Chin dapat dimanfaatkan dan dipraktikkan dengan sempurna..hmm..bertambah lagi pengetahuan untuk hasilkan power point yang berkualiti dan menarik..dapatlah praktik untuk presentation kelas-kelas yang lain kan?mesti menarik...lain pada yang lain..huhu..lepas dah siap,kena buat presentation..alhamdulillah..semuanya berjalan dengan baik.tak de gangguan (tak de masalah untuk bukak semua hasil kerja yang dicari ).
nak tau ke apa yang saya belajar kat kelas teknologi pengajaran ni?
macam-macam..banyak sangat..first sekali, Dr Chin suruh kami cari game yang sesuai untuk kanak-kanak..semuanya kami kena cari melalui laman web yang bersesuaian..kami pn cari la...
banyak jugak la laman web yang mengandungi games untuk kanak-kanak..tapi biasalah..tak semuanya sesuai untuk kanak-kanak di Malaysia..tahap pembelajaran kanak-kanak di negara kita tak sama ngan kanak-kanak luar negara..kat sana diaorang lebih advance dan lebih terdedah dengan teknologi.begitu juga dengan sistem pembelajaran mereka.jadi,kami perlu memilih aktiviti yang sesuai mengikut tahap, kebolehan dan umur kanak-kanak di Malaysia.
lepas cari games,kami kena cari dan download video yang nak diajarkan kepada kanak-kanak.jadi,tak kisahlah dalam bentuk apa pun..lagu ke,cerita ke,,tak kisah.janji sesuai untuk kanak-kanak dan menarik minat mereka

pengalaman seterusnya

hmmm..dah lama tak mencoret kat ruangan ni..sibuk sangat ngan rutin harian sebagai seorang mahasiswa universiti malaya..sepanjang 8minggu ni( sem 2,2009/2010 )...banyak perkara yang telah dipelajari..banyak ilmu dan maklumat baru yang diterima..kemahiran tentang cara penggunaan komputer pun dah semakin bertambah...makin lama,,makin seronok untuk belajar dan terus mendalami setiap ilmu dan kemahiran berkenaan komputer ni....sebelum ni asyik tengok hasil kerja orang lain je..sejak masuk kelas teknologi pengajaran ni,,semuanya kita belajar dan "explore" sendiri..seronok berpeluang mengenali dan menuntut ilmu dari pensyarah yang begitu memahami diri ini yang tidak begitu mahir dengan penggunaan komputer..semuanya di ajar dari awal..dan cara pengajaran yang disampaikan oleh Dr Chin juga begitu mudah difahami dan dipraktikkan